SEJARAH PENUBUHAN & MILESTONES PERSATUAN PENDUDUK JALAN 3/2, 3/3, 3/4 SEKSYEN 3 BANDAR BARU BANGI (NOMBOR PETUBUHAN PPM-003-10-10102020)

  1. Penubuhan Persatuan Penduduk Jalan 3/2, 3/3, 3/4 Seksyen 3 Bandar Baru Bangi bermula dengan satu sesi Percambahan Fikiran Qariah Al Madani pada 4 Mac 2020 di Masjid Al Umm mengenai Kawalan Keselamatan Qariah Al Madani dan BUKAN mengenai Persatuan Penduduk. Di akhir sesi, beberapa soalan pokok menghadapi jalan buntu. Walau bagaimana pun, beberapa perkara telah dipersetujui seperti berikut:
    • Tiada punca kuasa bagi pelaksanaan keselamatan qariah Al Madani;
    • Punca kuasa ini hendaklah diwujudkan;
    • Menubuhkan Persatuan Penduduk Madani Seksyen 3 berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan;
    • Semua aktiviti ditempatkan di bawah Persatuan Penduduk termasuk keselamatan; dan
    • Menubuhkan satu Jawatankuasa Protem bagi meneliti penubuhan Persatuan Penduduk.
  2. Jawatankuasa Protem telah ditubuhkan pada 1 April 2020 dengan dianggotai oleh Hj Osman Bin Hj Abdul Aziz, Hj Asrulsani Shahnon dan Hamdan Bin Mohd Salleh. Tugas mereka adalah untuk menyediakan kertas kerja “Cadangan Penubuhan Persatuan Penduduk” untuk pertimbangan JK Induk Surau Qariah Al Madani.
  3. Draf Kertas Cadangan Penubuhan Persatuan Penduduk telah disediakan pada 10 Jun 2020 untuk mesyuarat JK Induk Surau Qariah Al Madani pada 17 Jun 2020. Pada tarikh tersebut mesyuarat telah bersetuju akan cadangan penubuhan Persatuan Penduduk. Mesyuarat juga bersetuju untuk: –
    • Mendapatkan pandangan ahli qariah melalui edaran surat;
    • Melantik jawatankuasa penaja bagi melaksanakan penubuhan persatuan;
    • AJK penaja akan menyediakan undang-undang kecil dan memohon kelulusan pendaftaran persatuan daripada ROS; dan
    • Setelah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan Malaysia, AJK penaja akan memanggil mesyuarat agung dan mengadakan pemilihan AJK tetap.
  4. Pada pertengahan Julai 2020, respons survei Ahli Qariah mendapati 16% ahli qariah bersetuju terhadap cadangan penubuhan Persatuan Penduduk, sementara seorang ahli qariah tidak setuju dan baki ahli qariah tidak kemuka jawapan. (34 setuju, 1 Tidak setuju dan 173 tidak kemuka maklum balas)
  5. Seterusnya pada 06 September, JK Induk Surau Al Madani telah bersetuju akan Perlembagaan Persatuan Penduduk dan pada 9 September 2020, JK Penaja telah kemuka permohonan bagi penubuhan Persatuan Penduduk kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
  6. Permohonan pertama dan kedua tidak mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan atas sebab-sebab tertentu. Permohonan kali ketiga dengan No Daftar NSID 092 08102020 telah mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 10 Oktober 2020 dengan No Pertubuhan PPM-003-10-10102020.
  7. Maka bermulalah tugas JK Penaja untuk merancang Mesyuarat Agong Bil 1 Tahun 2020. Tiga perancangan telah dilakukan bagi tahun 2020, walau bagaimanapun tidak dapat dilaksanakan kerana ancaman Covid 19 serta perintah PKP dan PKPD yang menghadkan pergerakan serta wujud larangan berkumpul beramai-ramai. Halangan yang paling besar adalah tidak terdapat lokasi mesyuarat yang sesuai.
  8. Pada 31 Mac 2021 JK Penaja telah mengesyorkan agar Mesyuarat Agong diadakan secara Online. Maka bermulalah proses pengubahsuaian borang-borang (i) Mohon Jadi Ahli, (ii) Borang Undi, (ii) Borang Bayaran dan (iv) Borang Usul dibangunkan semula untuk kegunaan secara maya.
  9. Penggunaan Borang Online mendapat sambutan yang amat baik dan dalam jangka masa yang singkat telah mendaftarkan 121 permohonan keahlian.
  10. Notis Mesyuarat Agong Bil 1 Tahun 2021 dikeluarkan dengan notis 14 hari pada 8 Julai 2021 untuk Mesyuarat pada 1 Ogos 2021.