Program ‘Keep On Walking’ & Pelancaran Pondok Kitar Semula

Pada Sabtu, 20 Jun 2026, Persatuan Penduduk Jalan 3/2, 3/3 dan 3/4, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi dengan jayanya menganjurkan program riadah komuniti ‘Keep On Walking’, yang disusuli dengan pelancaran rasmi Pondok Kitar Semula untuk kemudahan kejiranan.

Aktiviti Riadah ‘Keep On Walking’

Program bermula seawal 8.15 pagi dengan perhimpunan penduduk di Pondok Taman Permainan, Surau Al Madani. Ramai penduduk hadir untuk menyertai aktiviti berjalan kaki bersama yang diketuai oleh Dr Yusof Mohd Nor bermula pukul 8.30 pagi.

Pelancaran Pondok Kitar Semula

Sejurus selepas aktiviti riadah, majlis pelancaran Pondok Kitar Semula disempurnakan pada pukul 9.45 pagi di lokasi bersebelahan Tadika Nuri Intelek. Pembinaan Pondok Kitar Semula ini dijangka akan memudahkan penduduk mengasingkan dan melupuskan sisa kitar semula seperti plastik, kertas dan tin secara lebih sistematik.

Majlis diteruskan dengan jamuan makan ringan bersama penduduk yang hadir.

Tabung Sumbangan Pondok Kitar Semula

Susulan kejayaan pelancaran ini, Persatuan dengan ini melancarkan Tabung Sumbangan Pondok Kitar Semula bagi menampung kos penyelenggaraan dan penambahbaikan kemudahan ini secara berterusan.

Kami menjemput sumbangan ikhlas daripada seluruh penduduk Jalan 3/2, 3/3 dan 3/4 untuk memastikan kemudahan ini dapat dimanfaatkan dalam jangka masa panjang.

Cara menyumbang:

Sebarang sumbangan, walau sekecil mana, amat dihargai demi kelestarian alam sekitar kejiranan kita.

Terima kasih kepada semua penduduk yang telah menyokong dan menjayakan program ini.